Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Azahan Atan, juara Akademi Nasyid di TV9.

 

 "Siapa agaknya Azhan Atan ni..?"

"Akademi Nasyid dan Azhan Atan? Apa kaitannya??"

Mungkin ramai sahabat-sahabat di Malaysia sudah maklum dengan kemunculan satu lagi program realiti TV di TV9; Akademi Nasyid. Dan mungkin juga ramai yang telah tahu akan siapa itu Azhan Atan.

Tidak banyak yang ingin saya ulas mengenai rancangan Akademi Nasyid itu sendiri tetapi saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk mengambil iktibar daripada salah seorang peserta akhir program tersebut; Azhan Atan.

 Selain suara yang merdu persis suara Hattan, Jamal Abdillah & M. Nasir; Azhan Atan merupakan anak muda yang tergolong dalam kumpulan OKU!! Namun, selepas konsert pertama Akademi Nasyid, beliau mendapat undian tertinggi daripada masyarakat yang menonton realiti TV tersebut. Mengalahkan peserta-peserta lain yang normal/bukan OKU.

"Saya bersyukur terpilih sebagai 12 peserta peringkat akhir .Walaupun saya mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka betul-betul menilai kepada bakat. Ini juga program pertama saya ceburi dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan TV9 sebaik mungkin," katanya.

Seperkara yang mungkin tidak yang tahu Saudara Azhan Atan ialah Ketua Pemuda PAS Tg.Piai, Pontian Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau, kerana berjaya menaikkan imej PAS dan Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak menolak hiburan asalkan ianya tidak lari dari lunas-lunas agama.

Disaat seluruh rakyat sedang disajikan dengan hiburan melampau sempena dengan program "Ambang Merdeka" yang turut diadakan pada malam yang sama, Saudara Azlan ternyata telah mengharumkan nama "sebuah perjuangan". Kemenangan beliau ini ternyata amat bernilai buat kita.

Tahniah juga di ucapakan kepada pihak TV9 kerana berusaha memartabatkan industri nasyid ini. Semoga, Akademi Nasyid musim akan datang lebih baik dari program pengenalan yang diadakan pada tahun ini. Buat Azhan Atan, tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga dengan ini ianya dapat menaikkan lagi imej nasyid ke persada antarabangsa.

Komen (0)add comment

Tulis komen.

busy