Mursyidul Am PAS tidak mempercayai sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sentiasa yakin penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan tuduhan meliwat, menjadi mangsa konspirasi politik. "Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.
"Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam rayuannya kepada pengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan membuat keputusan 26 Ogos ini. "Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini." Sikap ini "harus lantang dan konsisten" hingga hari membuang undi, Selasa depan, tambahnya.
Nik Abdul Aziz yang sering sakit-sakit kebelakangan ini dimasukkan ke hospital awal minggu ini.
Menyedari pilihanraya kecil itu sangat sengit sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, menteri besar Kelantan berkata BN melalui calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah sedaya-upaya menewaskan Anwar agar menghalang "Pakatan Rakyat maju mara ke Putrajaya."
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 429
Komen (0)

Tulis komen.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|