Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Berita Dalam Negeri

Calon PAS diisytihar menang di Sanglang

hashim jasin pas sanglang perlis state seat court 180608Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.

Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan.

Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.

Ekoran perintah mahkamah itu, PAS kini mempunyai dua kerusi di DUN Perlis dan BN 13.

Hashim memperolehi kerusi tunggal PAS itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi pada pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.

 
  • «
  •  Mula 
  •  Sblm 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Seterusnya 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 5 daripada 5