IPOH: Dua kes difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar - kira-kira 15 jam sebelum ia dijadual mengadakan sidang tergempar yang dipanggil minggu lalu.
Kedua-duanya difailkan beberapa jam selepas Sivakumar dikemukakan notis oleh Exco kerajaan negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan telah menghina Sultan Perak dan salah laku.
Dalam kes pertama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mahu mahkamah mengeluarkan perintah bahawa keputusan Sivakumar menggantung beliau dan enam Exco yang lain bercanggah dengan perlembagaan negeri.
IPOH: Tinggal kira-kira 12 jam sebelum menjelang sidang tergempar yang dipanggil Speaker pagi esok, Perak terus berhadapan 'drama krisis politik" dengan perkembangan-perkembangan baru.
IPOH: Krisis politik di Perak, yang berlarutan lebih sebulan, masih berada dalam keadaan tidak menentu hari ini sementara banyak pihak terus memerhatikan perkembangan menjelang esok - sidang tergempar yang dipanggil oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar.
IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan tidak menghormati Sultan Perak.
Pilihanraya kecil serentak: 7 April