Ogo22
Sudah masa nya kita kata “POORAH” pada Umno yang jelas menjadi parti Nationalis nombor ‘One Malaysia’ yang menganut fahaman perkauman, ini terbukti dalam arus media perdana saban hari membangkitkan ISU perkauman.
Jadi jika akta ISA yang UMNO tergila-gila mempertahankannya, maka eloklah digunakan ke atas UMNO sendiri, betul tak?, jawab tentunya TIDAK kerana akta tersebut pun kuat dengan fahaman perkauman, kerana kedua-duanya, baik UMNO dan akta ISA adalah dari kumpulan tiga suku atau tidak cukup seringgit yaini GILA. Kenapa jadi bergini, jawabnya kerana UMNO tiada kuasa dan kini mereka sedar yang mereka perlu berkuasa, simple saja penulis nak bagitahu dan tolong hebahkan, “Umno mana ada perintah negeri2 dalam Malaysia tercinta ini, yang memerintah adalah parti BN bukannya Umno”, dan parti parti yang mempunyai kuasa memerintah ketika ini adalah saperti PAS, mereka ada dua buah negeri iaitu Kedah dan Kelantan, DAP pula ada Pulau Pinang dan PKR ada Selangor tapi UMNO mana ada? dan mana dia?, hujah macam kebudakan tapi ianya adalah satu kebenaran dan kenyataan.
Ogo17
Romantis: Peguam Negara didakwa terbabit
 KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Jabatan Peguam Negara sekali lagi menarik perhatian umum apabila Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) sendiri didakwa mempunyai hubungan romantis dengan salah seorang anggota bawahannya, Datuk Azailiza Mohd Ahad.
Menurut penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam kolumnya, No Holds Barred, hubungan romantis Abdul Gani dan Azailiza, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa itu sebenarnya merupakan rahsia umum di kalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan sulit ini. Ianya bukan lagi rahsia. Peguam Negara (Abdul Gani) dan Azailiza acapkali bersama ke luar negara, dan bagi menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi kamar hotel dari menyewa (kamar) hotel yang berasingan," dakwanya seperti dipetik dari artikel Okay, What About This Affair Than? di sesawang Malaysia Today, http://malaysiaktoday.net.
Ogo16
Peringatan dan amaran diberi kepada pemimpin PAS diseluruh pelusuk Negara yang menerajui peringkat bawahan mahupun atasan, bahawa Pengurusan dan Pentadbiran terhadap rakyat perlu di amali secara professional dan diterjemahkan sebagai sebuah “Agensi Kerajaan” kedua yang ada sistematik dan realiti.
Perkara ini ditekan kerana penulis banyak melihat dari aktiviti dan program anjuran parti PAS adalah ibarat seperti “Bidan Terjun”, penulis tidak perlu beri contoh kerana semuanya dianggap ‘dah makan cabai dan tahu rasa pedasnya’, tidak perlu menuding jari pada sesiapa pun atas perkara ini, dan ianya perlu dianggap serius dan perlu di ubati dengan kadar segera jika bercita-cita ke PUTRA JAYA (takut jadi angan-angan mat jenin sahaja). “Pengurusan dan Pentadbiran”
Ogo11
Kadang-kadang saya terfikir juga, kata-kata pemimpin Negara dalam persoalan pembangunan, tambah-tambah lagi kearah Negara maju. Tidak dapat di nafikan, Malaysia kini jika kita toleh kebelakang dalam 50 tahun yang lepas, memang amat menakjubkan hasil pembangunan yang serba serbi moden dan berteknologi. Tapi jangan pula kita terperangkap dalam ISU kemodenan ini, kerana itulah tugas pemimpin yang menerajui Negara Malaysia yang tercinta dalam membena infrastructor Negara.
Sekiranya hendak dibicarakan tentang arus pembangunan dan kemodenan nya, negara China dan Jepun pada perkara pembangunan ianya lebih jauh moden dan begitu juga dari segi teknologi nya. Oleh itu jangan ada pemimpin Negara kita yang terlalu nakal, menyebut-nyebut pada rakyat, pasal kehidupan rakyat di zaman Jepun dan Komunis, jika masih ada pemimpin Negara ini mengguna dakyah seperti ini, terselahlah betapa TOLOL dan BACUL nya dia.
Ogo08
Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.
Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.
"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini. "Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.
Ogo07
Peringatan Untuk Dr Zulkifli Bin Ahmad
Ogo06
 Salam, saya adalah anak bekas seorang polis pada era 70an, biasalah bila duduk di Barrack Polis, semuanya cite hal-hal Polis, bukan itu sahaja kaum ibu pun ketika membeli ikan, sayur dari apek ikan, mengomel cite hal keje suami seorang Polis. Bagi kami anak-anak Polis lain pulak aktiviti luaran dan dalaman, siapa anak-anak Polis masing-masing tau la. Lain dulu, lainlah sekarang, nak beza trand kami dan kamu anak-anak Polis sekarang, cuma kami dulu tidak ada cita2 pun nak ganti bapa kami sebagai saorang Polis, kerana bapa kami kata, cukuplah "aku sorang jadi Polis", dalam makna nya tu, akhirnya adik beradik kami banyak yang bekerja sebagai penjawat awam, OK lumayan juga pendapatan, itupun kerana Integriti bapa kami bekerja sebagai saorang POLIS.
Jul25
Untuk berlaku adil, saya siarkan sepenuhnya kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang saya copy and paste dari liputan TV Selangor hari ini bertajuk "Dr Hassan Ali nafi bertemu Mufti Perak bincang perpaduan Umno-Pas": Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.
Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.
|
|